Program
Joinventure bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Simpang Arang. Ni
merupakan kali pertama aku masuk ke kampung orang asli, walaupun tempat aku di
Gua Musang merupakan antara tempat yang paling banyak perkampungan orang asli
di Kelantan.
Orang asli
di kampung ni ialah dari suku Orang Sungai. Perkara pertama yang kami buat bila
sampai di sini ialah meronda sekitar kampung. Ya, mulanya sebelum sampai aku
terbayangkan kampung orang asli yang hanya boleh masuk dengan pacuan 4 roda,
mandi air sungai, dan sebagainya macam yang selalu tengok dalam TV tu. Tapi,
rupanya kampung orang asli pun lebih kurang sama je dengan kampung Melayu yang
biasa. Ada jalanraya, elektrik, air pili, masjid, dan Pusat Pembangunan Islam.
Rasa kecewa pun ada gak, sebab ingatkan nak la naik 4x4 masuk hutan,hehe.
Apa yang
aku perhatikan, anjing liar sangat banyak. Tapi ntah kenapa, walaupun anjing tu
besar besar dan muka macam bengis je, tapi aku tak rasa takut or gerun pun kat
anjing tu. Rilek je. Anjing tu macam manja kot, apa taknye, anak anak orang
asli buat anjing macam kuda, siap naik atas blakang lagi. Tapi kalu anjing di
Kampung E, risau gak nak lalu sebelah sebelah. Garang dan bengis.hehe Lagi
satu, perkampungan orang asli yang kami datang ni macam agak kotor laa..
Kanak kanak
orang asli adalah sangat lasak. Dan mudah mesra dengan orang. Dorang jalan kaki
ayam je, mana ade pakai selipar even Japenese slipper pon tak. Kaki dah lasak
kot. Bertelanjang bulat. Ada jumpa dua orang anak orang asli dok ralit main
dalam parit. Rilek je, takde mak ayah nak larang. Enjoy je. Ingat aku zaman
kecik dulu, skejap je kalu dapat main parit pun, dah mak datang membebel.
Jeles! Haha
Di kampung
ni, kami fasilitator dipecahkan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama
ditugaskan untuk mengecat tadika yang ada kat sini. Kumpulan kedua iaitu
kumpulan aku kena bersihkan sekitar kampung, hui penat der~. And kumpulan ketiga, ronda ronda kampung untuk
jemput penduduk kampung datang untuk aktiviti sukaneka petangnya. Senang je kan
kerje dorang. Jelas! Haha.
Masa aku
dan kumpulan aku bersihkan sekitar tempat kami datang tu, kami dibantu oleh
kanak kanak orang asli. Memang sangat suke dorang ni membantu. Bawak plastik
sampah yang saiz lebih besar dari badan mereka sendiri. Bersihkan longkang,
sapu sampah, mengenyit mata kat anak dara OA.., kami bertugas dari pagi
sampai matahari tegak atas kepala. Masa lalu ikut depan sebuah warung, ada
sorang makcik kedai tu belanja kami minum air tebu segar ngan buah betik.
Sekalipun hanya air tebu dan betik, ianya sangat berharga buat kami, apabila
diberi layanan yang baik sebagai tetamu. Dan ianya sangat berharga kerana pada
masa tu kami memang haus. Dan sangat berharga lagi sebab kami boleh tangkap
gambar dan menjeleskan kumpulan lain yang tak dapat air tebu dan betik.hahaha~
tebu free..hehe |
Lepas penyampaian
hadiah dan pembahagian sumbangan, kami bertolak balik. Satu lagi aku
perhatikan, OA ni sangat menghargai pemberian. Dan mereka sangat hendakkan
pemberian. Bila dah dapat, mereka akan hargai dan takkan lupa jasa si pemberi. (No
wonderlah dekat dekat nak pilihanraya ni makin banyak orang politik yang bagi
sumbangan kat OA, berbaik baik dengan OA)
Terharu pun ada, sedih pun ada. Anak anak OA kejar bas kami, semata mata nak lambai kat kami. Walaupun dorang tak nampak kami sebab bas cermin tinted hitam. Sangat BEST! Sebelum naik bas pun, mereka salam salam n peluk fasi fasi ni, padahal baru je kenal kan.
Pengalaman, memang takkan dapat dibeli, walaupun dengan emas berpeti peti.
No comments:
Post a Comment