Wednesday, November 9, 2011

Riang Ria IdulaAdha..di perantauan~

IdulAdha..
Lagi sekali dapat merasa raya di perantauan..
Cuti seminggu, memang rasa tak  berbaloi nak balik, lebih lebih lagi bagi orang yang  berpoket nipis macam aku ni..

ade lak beraya tempat orang repair kapal kan..

Thursday, October 27, 2011

Resipi Baru: Test Market

Tadi siang lagi sekali aku menjaja.. Round library promote minuman, gi promote kat bustop.. Segan memang segan, tapi aku tebalkan jugak muka ni.. Aku jual minuman ciptaan kami sendiri; Treasure Bowl.


Oh ya, yang ni projek APK( Asas Pembudayaan Keusahawanan) kami. Tugasan subjek ni, kami kena buat bisnes and bukak booth masa Pesta Tamu Gadang nanti (pesta Konvokesyen UMS). Oleh sebab kami dari Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, so setiap grup kena jual makanan sahaja. Lagi sebulan nak bukak booth, so tadi menjaja jaja tu kira macam nak test market la.. 


SSMP =)


Wednesday, October 26, 2011

Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung... :D



Waduh waduh, saje kali ni aku nak tunjuk tiket plak. Sekarang tengah bising tiket Final Piala Malaysia Terengganu vs N9 mahal kan, abes FAM kena kutuk,haha. Tiket kena boikot. Padan muka FAM.haha. Tengok kat TV je nanti, lagi best, boleh tengok dari pelbagai angle, boleh replay, boleh baring baring sambil makan cekodok pisang ngan air kopi,haha. Tahniah lah pada pasukan Terengganu dan N9 yang mara ke final. Pada pasukan yang menang nanti, jaga piala elok elok ye, musim depan The Red Warrior ambik balik piala tu..kami bagi pinjam sekejap je kat korang, hehe xP

Thursday, October 13, 2011

Family Camp.. :D


Bertukar peranan. Kalu dulu aku yang jadi peserta, sekarang aku pulak yang jadi jawatankuasa pelaksana.hehe. Minggu lepas, selamat satu SSMP Family Camp dilaksanakan. Buatnye kat Pantai ODEC (Outdoor Development Centre), UMS, macam besaa.. tapi yang spesel sket tahun ni, kita buat camp dan berkhemah di pantai, dalam keadaan ribut kencang melanda tengah malam tu..naseb baek kejap je..terbang habes segala bagai khemah malam tu..huhu..

jawatankuasa

Saturday, September 24, 2011

berdikir lagiii~


Penat. Tapi mood sangat baik harini. Tak sia sia bertungkus lumus jadi jurulatih untuk pasukan dikir barat pelajar tahun satu, tiba tiba pasukan dikir ni dapat perhatian pengetua kolej dan dia nak wujudkan kelab dikir barat pulak kat Kampung E ni, jadikan total kelab 12 skang. Ape taknye, dengan kelengkapan peralatan muzik yang takde, masih mampu dorang wat persembahan yang menarik. Main alat semulajadi je, tin susu, baldi, gayung, dan botol air.

bersama pendikir.. xD

Wednesday, September 14, 2011

Tamatlah Cutiii~

Wah, cuti empat bulan dah tamat. Masa berilek rilek dan menggelembungkan perut luput sudah. Kilang lemak dan taik mate akan direhatkan buat sementara. Nanti akan tibalah pula waktu untuk bangun awal pagi, beratur tunggu bas dan waktu untuk tidak-perlu-berlagak-gentlemen-untuk-tidak-berebut-bas-dengan-pompuan. Waktu untuk hidu bau ketiak hangit mase bersesak dalam bas. Waktu untuk jalan kaki kalu bas takde. Waktu untuk buat asaimen seikhlas hati. Waktu untuk buat lab repot sampai lebam, waktu untuk kumpul kupon kolej dengan banggenye, dan yang paling best, waktu untuk jumpa balik kawan kawan yang dah agak lame taknampakbatanghidungmukedantubuh. =)

Thursday, September 8, 2011

Heppi Belated Birthday~ xD


Tarikh 21 Ogos 2011 bermakna sudah cukup setahun belog aku ni wujud. Kalu belog aku ni manusia mesti  dah boleh bertatih siket siket. Dan cakapnye mesti pelat lagi. Mesti baru tau nak sebut ‘pappa’ , ‘mamma’ , ‘thadadadadada’ kalu die suke dan ‘waaaaaaaaaaaaa’ mase nanges.haha. Dan gigi mesti baru tumbuh dua tiga batang. Eeii, mesti comel kan? Tapi ni belog, bukan manusia. Dinding pulak tu. Takdenye nak tumbuh gigi. Takdenye nak pelat pelat, apetah lagi nak sebut pappa mamma, buang tebiat ke ape?hahah. Tapi