Penat. Tapi
mood sangat baik harini. Tak sia sia bertungkus lumus jadi jurulatih untuk
pasukan dikir barat pelajar tahun satu, tiba tiba pasukan dikir ni dapat
perhatian pengetua kolej dan dia nak wujudkan kelab dikir barat pulak kat
Kampung E ni, jadikan total kelab 12 skang. Ape taknye, dengan kelengkapan
peralatan muzik yang takde, masih mampu dorang wat persembahan yang menarik.
Main alat semulajadi je, tin susu, baldi, gayung, dan botol air.
bersama pendikir.. xD |
Mulanye Zie
yang mintak tolong aku latih budak dikir, walaupun agak penat dengan nak
promote kelab silat Kalimah-lah, dengan demonstrasi silat, dengan booth kelab
lagi, dengan meeting pengarah lah, dengan nak kena siap segala bagai laporan
kewangan lah, dengan aktiviti blok lah, dengan asaimen yang mula menyape sejak
minggu pertama lagi, tapi Zie punye pasal kan..layaaann..hahaha.. xP
Ntah kenape
macam banyak keje la pulak awal awal sem ni. Ape taknye, mase mula mula sampai
kolej lagi, belum masuk bilik, dah kene panggil meeting kelab silat, dah kena
jadi Presiden pulak, walaupon ade lagi yang lebih layak dari aku.. pastu jadi
exco blok Ibnu Khaldun lagi, kena handle pelajar baru, dan masih jadi
sekreteriat Akademik SSMP, anak buah Cik Pah. Ade family camp lagi hujung
minggu ni.
Tapi yang
bestnye budak budak dikir barat ni, enjoy melatih dorang. Walaupon terkejar
kejar masa, tido pon tak cukup dok pikir lirik untuk dorang, tapi best. Mereka
hormat aku sebagai senior, dan aku hormat mereka sebagai adik adik. Yang lagi
best, bukan setakat budak Malay je yang join, malah Chinese pon ade, Sabahan
dan Sarawakian pon tak terkecuali. Siap berbahasa Dusun lagi.hehe
Ape pun,
semoga kelab dikir barat yang akan ditubuhkan ini terus sukses. Aku sentiasa
sokong!! BBASYA~
No comments:
Post a Comment