Semester
baru, mestilah azam baru kan. Mesti. Sama ade azam baru ni forward dari sem
lepas ke, or azam yang memang baru terpikir, jangan la sebok nak tanye. Huh!!
Ape yang
penting, sem baru ni semangat kena baru. Belajar kene didahulu. Jangan macam
duuuulu. Kelas kene tumpu. Mesti awal selalu.
Meh nak
cite siket pasal kolej kediaman aku. Alhamdulillah dapat jugak aku hostel untuk
semester ni. Tak sia sia mengaktifkan diri dengan aktiviti kolej dulu.hehe. Balik
stay di Kampung E bermakne aku akan kembali jadi golongan minoriti. Kampung E
dikenali sebagai Kampung Wanita selain Kampung Budaya. Nisbah lelaki kepada wanita
adalah 1:4, sangat strategik dan peluang untuk mengikut sunnah adalah terbuka
luas.hahaha. xD. Kalu korang naik bas E dan hanye ade dua orang je lelaki, ko
dan driver bas, itu ialah perkara yang tidak pelik. Or bulih jadi driver sorang
je laki. Penumpang sume awek cun.haha. Bapak mesti kontrol gile ah abg driver
bas. Nak pulas stereng pon penuh kemachoan dan gaya, mutu, keunggulan, gahaha~ Dan
yang jadi pelik ialah apabila ade ramai laki than pompuan dalam bas, yang tu
memang mencurigakan dan wajib disiasat.hahah. xP
Tu cerita
kolej, cerita di sekolah pon same.(kat UMS fakulti dikenali sebagai sekolah,
bajet macam kat ovesi laa.. eg. School of ….bla bla bla…). Kalu dah name pon Sekolah
Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP), terbayang terus sekolah ni ialah sekolah
yang dikonker oleh wanita dan majoriti pelajar adalah Chinese. Bukan niat nak
rasis atau gape, sekadar bercakap berdasarkan statistik, kalu batch aku, ade
150 lebih student, kami ade dua Indian, ±50 Melayu campur Bumiputra Sabah
Sarawak, dan selebihnye Chinese. Kalu nak kire statistik berdasarkan gender
juga begitu. Seratus lebih pompuan, tak sampai 50 orang lelaki. Dan hanye ade 8
orang lelaki Malayu dan bumiputra Sabah Sarawak. Memang agak minoriti. Tapi
kami di Sabah agak bernasib baik sebab kat sini perbezaan tak ketara sangat. Tak menghalang bergaul
mesra antara satu sama lain. Bukankah Allah ade sebut Dia menciptakan setiap
manusia berlainan kaum dan bangsa supaya kita berkenal kenalan antara satu sama
lain? Banyak orang cakap kalu nak tengok model 1Malaysia yang terbaik,
datanglah ke Sabah, selain Kelantan. Masyarakat berbilang bangsa dan etnik
hidup harmoni dan damai, tanpa adenye sifat perkauman yang menebal.
[ Pendapat peribadi: Patutnye ramai Muslim mintak
course kat SSMP ni, yelah, pasal makanan kan. Nanti da keje, kite yang Muslim
lah nak kene pastikan kesucian sesuatu makanan tu, takkan nak harapkan kat
non-Muslim seratus peratus, walaupun kebanyakan non-Muslim di Malaysia ni tau
dan faham tentang sensitiviti halal haram makanan umat Islam. Sekarang pon
kebanyakan kilang makanan yang besar besar kat Malaysia ramai non-Muslim yang
pegang, bangsa atau kaum tak jadi masalah, yang penting agama. =)]
Apepun di semester baru ni, diharapkan segalanye
berjalan lebih lancar. Dipermudahkan segala urusan. Segala kerja tidak ttala
(loghat Kelantan ttala: terbengkalai). Segala pelajaran menjadi
mudah. Rahmat mencurah curah, rezeki menjadi murah, masa depan semakin cerah
dan mendapat keberkatan dari Allah. =)
No comments:
Post a Comment