Thursday, August 4, 2011

Sajak Cinta Dari Pencinta... =)




Sajak Hisham Shuhaimi Untuk Bakal Isteri xP


Sajak Aminah Qutb* Untuk Bakal Suami

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.





Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai.
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

Aminah Qutb*

* Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.


Nota Dinding:  Sajak ni disedut dari buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul’ karya Fatimah Syarha Mohd Noordin terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Buku yang amat bagus dan bermotivasi. Sangat tak rugi meluangkan masa membacanya. Bestnye kalu dapat jadi macam watak Dr. Muslih,hehe =)

# cinta merupakan anugerah takdir, pertama kali datang terlihat bak air yang tenang, namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya, tenggelamlah ia di dalamnya, tak tertolong lagi~
~penyair Arab

1 comment: