AMARAN: Ini adalah cerita yang agak jiwang berdarah. Tidak sesuai untuk bacaan wanita mengandung, pesakit jantung, darah tinggi, kencing manis, dan sesiapa yang mempunyai alergi. Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranye puasa anda terbatal selepas membace entry ini akibat daripada termuntah dengan sengaja. SEKIAN.
____________________________________________________________________________
Dia tunduk tersipu. Mukanya merah menahan malu. Cantik. Setelah lafaz Qabul selesai aku lafazkan, dan diakui sah oleh dua orang saksi di depan aku dan Pak Imam, aku lihat dia menangis. Menangis kegembiraan pastinya. Akhirnya kami disatukan jua, dalam majlis yang sederhana namun meriah dan semoga diberkati oleh-Nya.
err, ni la isteri I, hahaha |
Peristiwa itu berlaku lima tahun yang lalu. Ramadhan ini adalah Ramadhan kelima kami berpuasa bersama. Alhamdulillah kehidupan kami semakin bahagia. Ditambah pula dengan kehadiran penyeri kembar dalam hidup kami; Aisyah Husna dan Nabil Husni. Dah mencecah tiga tahun. Keletah dan kenakalan mereka memang tak kering gusi kami dibuatnye. Kepenatan seharian bekerja hilang tiba tiba setelah melihat ulah dan ketawa nakal mereka di rumah.
Kerjaku sebagai CEO di sebuah syarikat yang dibangunkan oleh aku dan isteriku, kadang kala agak sibuk. Tapi semenjak isteriku sarat untuk anak ketiga kami, jarang jarang sahaja aku ke pejabat. Tak padan dengan kecik, subur jugak isteriku.hahaha. Kerja diserahkan kepada pembantuku untuk sementara. Biarlah aku menumpukan sepenuh perhatian kepada buah hatiku ini dulu. Lagipun syarikat kami sudah kukuh benar dan jenama kami sudah dikenali hampir ke seluruh benua Asia. Tak pernah kusangka idea isteriku dulu untuk mengkomersialkan lokcing, iaitu makanan tradisi masyarakat Kelantan dan Terengganu mencetuskan satu fenomena yang besar. Makanan umpama sate yang berasaskan ikan dan kanji itu yang menjadi makanan kegemaran kami mase dating dulu, diberi sedikit kelainan dan dieksploitasi dengan tidak mengubah struktur dan tradisi asal, difrancaiskan dan ‘menjajah’ seluruh Asia. Restoren lokcing dengan jenama “isye’s” sudah mampu menyaingi restoren besar dunia dari Barat seperti KFC dan McDonalds. Syarikat kami menjadi syarikat Muslim pertama yang menjajah dunia dengan restoren makanan segera yang berkonsepkan halalan toyyiban. Tak sia sia ilmu Teknologi Makanan dan Bioproses yang kupelajari di UMS dahulu. Dan ilmu Pengurusan Perniagaan yang dituntut oleh isteriku sangat membantu syarikat kami berkembang dengan pesat.
* * * *
Tahun ini, giliran beraya di kampung isteriku dahulu. Maknanye selama seminggu bercuti, empat hari pertama akan diluangkan di Kuala Terengganu dan tiga hari seterusnya kami balik ke Gua Musang pula. Begitulah jadual yang akan digilir saban tahun. Untuk berlaku adil dan tidak perlu bertelingkah. Kehidupan suami isteri memang tidak akan dapat lari dari berselisih pendapat, bergantung kepada kebijaksanaan pasangan la macamana nak selesaikan konflik. Sama ada mahu selesaikan cara baik atau jadi makin teruk, bergantung atas tolak ansur dan menerima pendapat. Ask and explain. Itulah yang aku pelajari sepanjang usia perkahwinan kami. =)
Seminggu sebelum balik bercuti hari raya, sebok kami buat persiapan. Beli barang barang dapur dan hadiah raya untuk keluarga di kedua belah kampung. Memang begitulah biasanya. Mengambil hati orang tua dan sanak saudara memang penting, walaupun bukanlah barangan ataupun kebendaan yang mereka harapkan. Lagipun bukan selalu dapat berjumpa dan berkumpul dengan sanak saudara dan keluarga. =)
Mase shopping, Husna dan Husnilah yang paling gembira nampaknye. Macam macam keleteh. Tak menang tangan melayan. Husna merengek mahukan patung Barbie. Nak main dengan nenek katenye kat kampung nanti. Husni pulak nak main patung Transformer dengan atuk. Tergelak besar aku bila dengar isteriku memujuk Husna dan Husni, “kakak, abang, atuk ngan nenek tu memang la nampak same ngan kakak ngan abang, sebab gigi pun same same jarang, tapi atuk ngan nenek mane main lagi anak patung, atuk ngan nenek kan besar lagi, nanti kalu dorang dah jadi kecik macam kakak ngan abang, baru dorang main patung macam tu”. Hurm, pandai isteri aku, pujuk anak pun sempat lagi buat lawak, santai. Bahagianye kurasa punyai keluarga sebegini.
gambar hiasan, ini anak keponakan penulis, Nurin dan Azzem, bukan Husna dan Husni..hehe |
* * * *
Hari terakhir puasa, kami bertolak balik ke Kuala Terengganu. Biasanya perjalanan ke KT dari KL enam jam je. Tapi jalan sangat jamm harini. Kenderaan bersusun-susun berlapis-lapis macam kek lapis Sarawak. Biasalah semua perantau kota berpusu pusu nak balik kampung kan. Aku memang merancang mahu berbuka puasa di rumah mentua, tapi jalan yang jamm macam ni agak memberi tekanan pada aku.
Mitshubishi Triton yang aku pandu meluncur laju, beberapa buah kenderaan berderet aku potong. Pantang nampak ade peluang, cepat je kaki ni nak tekan pedal minyak sekuat hati. Kenderaan 4x4 buatan Jepun ni memang pick-uplah. Alah membeli menang memakai. Tak terasa langsung gegaran macam sesetengah kenderaan tu.
Isteri aku tertido pulak kat seat sebelah. Husna dan Husni juga. Tadi mase belum tido, banyak sangat ulah mereka. Si Husna banyak berpesan kat aku, “papa, papa jangan bawak kete laju laju tau, kakak takut la”. Husni pulak suruh aku bawak laju, nak cepat balik jumpa atuk katenye. Hui, anak lelaki.hehe. Sekarang sunyi la pulak rasanye bila semua tertido ni. Radio pulak asik putar lagu raya je dari tadi. Berkali kali aku menguap. Tapi kutahan mengantukku, nak cepat sampai dan berbuka di kampung. Hujan renyai renyai menambahkan rasa mengantuk aku.
Jalan straight, lorong setentang pun nampak kosong. Kereta berderet di depan aku. Dua garisan lurus putih atas jalan tak kuhiraukan. Isyarat ke kanan dinyalakan, pemotongan akan dimulakan sekejap lagi. Pedal minyak kutekan. Laju je meluncur jentera kendalianku. Lorong sebelah kiri memang berderet kenderaan. 5,6,7 buah kereta kupotong. “ah, kereta tempatan, patut pun slow semacam je”, desis hatiku, agak riak.
Entah macammana, tiba tiba muncul sebuah lori penuh muatan balak di depan. Ade lagi lori yang buat keje dekat dekat raya ni. Aku cuba mengelak, nak masuk ke lorong kiri, tapi ruang yang sempit tak memungkinkan jenteraku masuk. Ahh.. lori semakin dekat untuk mencium bumper Mitshubishiku yang baru dibeli dua minggu lepas. Kereta raya. Hon panjang kedengaran. DUMMMMM!!!! Gelap.
* * * *
Kepalaku terasa sakit. Mata terasa senak. Sayup sayup terdengar suara ibuku, “Angah! Angah!”. Aku cuba buka mata. Kabur. Silau. Bercampur baur. Aku terbaring atas katil, dalam sebuah bilik. Aku menangis. Menyesal bawak kete laju laju.
“Mak, mane Husna? Husni? Mak, isteri Angah mane? Zetty mana mak?”. Teresak esak aku. Tergambar sesuatu yang bukan bukan berlaku pada mereka. Oh Tuhan, janganlah Kau ambil mereka daripada aku.
Mak aku perlahan datang padaku. Semakin jelas kulihat. Mungkin datang untuk pujuk aku. Naluri keibuan memang begitu. Semakin kuat aku menangis. Eh, kenapa mak bawa senduk??
“Mak, Zetty mane??”
* * * *
KELEKUKK!! Tiba tiba mak ketuk kepalaku dengan senduk.
“Bertuah punya anak, petang petang puasa ni pon nak membuta. Kurus pahala puasa! Mengigau pulak tu. Ape ko sebut tadi? Mekti? Mekna? Mekni? Ade hati nak berbini, belaja pon tak lepas lagi. Berangan je. Kalau asyik membuta je, jangan harap la ade orang nak. Dah Maghrib tu, pegi basuh muka, berbuka! Nah lagi satu senduk ni”. KELEKUKK!!
Ape daaa… wa mimpi rupenyeee…wahahhahahaha~
Nota Dinding: Harap maaf, cerita ni hanya rekaan. Takde kaitan langsung sama ada yang telah hidup ataupun yang masih mati. Kalau ade persamaan, maaf dipinta. ‘Aku’ dalam cerita dia atas bukanlah diri penulis, tetapi merujuk kepada seorang lelaki Uganda yang telah lame menetap di Malaysia. Ape pun, berhati hati semasa memandu. Bulan puasa ni jangan banyak tido sangat. Kurus pahala. Bace Quran banyak banyak. Buat amal kebajikan. Terawih jangan tinggal. Sebenarnye lagi bagus bace Quran daripada bace belog aku ni. Dapat gak pahala. Haha. Ok dah, babai. xP
AHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHA
ReplyDeletelelaki uganda? sesuai..
ReplyDelete