Malam tu balik dari latihan silat, aku jalan2 jap dengan pakcik Google, tiba2 jumpa benda alah ni..
sape ni??mesti sume kenal kan?? alaah, orang kaya tu..anak uncle hilton yang ade rangkaian hotel seluruh dunia tu..huu..
laporan di SINI mengatakan lebih kurang macam ni laa..
JEDDAH - Arab Saudi - Selebriti Amerika, Paris Hilton telah masuk Islam, jurucakapnya, Ian Brinkham, mendedahkan berita tersebut di CBS News.
Bila menganuti Islam, Paris Hilton telah memutuskan untuk mengelakkan kehidupan lamanya sebagai selebriti liar.
Berbicara dari kehadirannya di Jeddah, ia berkata: "Saya telah menemui kedamaian penuh dalam hidup saya dari sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam, tapi kini semuanya telah berubah Segala puji bagi Allah .. "
Jihad
Paris merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu depan untuk memulakan sekolah Islamnya sendiri di tengah Beverly Hills.
Paris Hilton kini sungguh bersemangat untuk menyebarkan kebaikan Islam dan Al-Quran. Dia juga sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi menggambarkan sifat seorang muslimah tulen.
Paris Hilton juga merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah' yang bererti 'murni, suci'dalam bahasa Arab. Sekolah Islam-nya akan di buka pada bulan Julai
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/paris-hilton-peluk-islam-alhamdulillah.html#ixzz1DIFZAUp3
taktau la benda ni betul ke tak, kalu betul baguslah..
kalu takbetul.. semoga ia akan menjadi betul nanti..
ape2 pun, aku menafikan sekeras kerasnya dakwaan yang mengatakan Paris Hilton masuk Islam sebab nak kawen dgn aku..tu sume gosip semata mata ok??
hehehe~
No comments:
Post a Comment