Wednesday, December 17, 2014

Post-Convocation Posting.

Bismillah. 

Lama tak update blog. Bukan sebab tak de masa, tapi sebab tak de rajin. Kesian belog aku. 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, dengan keizinan dariNya akhirnya tamat sudah sesi pengajian aku menuntut secebis ilmu di menara gading .Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi saksi jerit perih aku selama empat tahun semata ingin menggenggam segulung ijazah Sarjana Muda Sains Makanan Dengan Kepujian (Teknologi Makanan dan Bioproses). Sungguh empat tahun bukanlah tempoh yang sekejap, banyak air mata dan darah yang telah tumpah sepanjang 4 tahun di sini (aku percaya orang perempuan lagi banyak bertumpah darah!)

Monday, October 20, 2014

Tuesday, July 8, 2014

UMS: Tiada lagi sekolah..

Posting saya sebelum ni berkenaan Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP), UMS mendapat banyak komen dan review daripada pembaca. Kebanyakan mereka adalah pelajar yang berminat dengan kursus yang ditawarkan di SSMP seperti HY07-Teknologi Makanan dan Bioproses, HS04-Sains Makanan dan Pemakanan dan HG09-Perkhidmatan Makanan. Saya cukup gembira sekiranya posting tersebut sedikit sebanyak membantu para pelajar dan memperkenalkan kursus di SSMP dalam membantu pelajar membuat pemilihan untuk sambung pengajian di sini. 


Main entrance UMS (kredit kpd tuan gambar; gua dah cakap kalu pic takde watermark gua kat belog ni, maknanya pic dari google)
Untuk bakal pelajar SSMP selepas ini, harap maaf kerana SSMP tidak lagi wujud di UMS. 
Tiada lagi sekolah sekolah lain di UMS.
Tiada lagi uniknya 'sekolah' pada UMS berbanding universiti lain.
Tiada lagi rasa muda sebab pagi2 bangun pegi kelas di sekolah.
Tiada lagi rasa oversea ada perkataan sekolah. (Macam U di oversea yang pakai 'School of Bla bla blaa..)

Kenapa? UMS dah tutup ke?

Wednesday, July 2, 2014

Post pendek lepas viva :D

Alhamdulillah, sedar tak sedar aku dah hampir ke penghujung pengajian bagi peringkat ijazah. Final exam sudah tamat, dua minggu lepas. Dan sekarang baru sudah viva voce dan dalam proses menyiapkan tesis berjilid. Harap segalanya berjalan lancar dan diredhai Allah.. dan insyaAllah, bulan November akan bertamu gadang dan menerima segulung Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Makanan Dan Pemakanan (Teknologi Makanan Dan Bioproses).

Saturday, February 15, 2014

Kisah Yang Tergantung

Pagi itu, seperti biasa. Selepas subuh, aku bersiap siap. Memakai sepersalinan lengkap uniform ku, membancuh sepekatnya air kopi cap tabik kesukaanku, dan menuangkannya ke dalam botol. Kucapai ubi kayu bakar, kubalut dengan kertas surat kabar yang telah dikoyak empat. Masukkan ke dalam plastik, dan kuikat kemas kemas.

Aku turun ke beranda. Duduk di tangga rumah. Ketika itu, mentari masih malu malu memancarkan sirnanya. Kucapai kasut getah di bawah tangga. Ku ambil stokin, ku suakan kakiku ke dalamnya.

Sebelah.

Dua belah.

Siap.

Monday, February 3, 2014

Suri- Part 2

*Sambungan Dari Kisah Suri-Part 1   (selepas 2 tahun baru ada sambungan, pemalas yang amat penulis cite ni)..
MAS Airbus A380
Penerbangan selama 2 jam 30 minit kurasa bagaikan dua minggu berada di penjara. Lambatnya nak sampai. Ada sorang pakcik di sebelah tunjuk minat nak berborak denganku, ku layan endah tak endah. Keindahan gumpalan awan yang keputihan dan bersinar keemasan disimbah mentari petang tidak langsung menarik minatku. Apa yang aku bayangkan sekarang adalah apa berita yang akan aku terima nanti. Baikkah, atau burukkah?? Pesanan bapaku supaya bertenang dan jangan terlalu berfikiran negatif merancakkan lagi perasaan yang bukan-bukan bertembung dan bertelingkah dalam benakku.

Tuesday, December 31, 2013

SUMPAH PENDEKAR

SUMPAH PENDEKAR

Tujuh petala bumi
Tujuh petala langit
Dari gunung ke lembah curam
Dari sungai ke lautan gelombang
Kembara adalah setia pada sumpah
Kemenyan dan setanggi penyeri kehadiran kita
Warisan berkurun  Dato’ Laksamana


DI MANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG

Sunday, December 1, 2013

Menjejak Ejim- RAM in de House.. :D

Hari ni sangat best! Sebab apa? Sebab hari ni pertama kali dapat jumpa dengan penulis novel yang paling aku minat; Ramlee Awang Murshid!!

Sebab tu la hari ni mood best. Dan tiba tiba rasa rajin nak update belog. Hehe.
Magis with RAM's autograph

Sunday, November 24, 2013

Everything At Once- LENKA

As sly as a fox, as strong as an ox
As fast as a hare, as brave as a bear
As free as a bird, as neat as a word
As quiet as a mouse, as big as a house

All I wanna be, all I wanna be, oh

All I wanna be is everything

All I want!

Tuesday, November 12, 2013

kerana pulut santan binasa, kerana mulut pulut binasa :P

Pada suatu masa dahulu, tinggallah sepasang suami isteri. Kehidupan mereka tidaklah terlalu bahagia. Hal ini kerana si isteri ini sangatlah suke membebel. Pantang ade salah siket, bebelannye boleh melarat sampai tiga empat hari.

Pada suatu hari, si isteri suruh suaminya pegi beli barang dapur. Tapi entah kenapa, si suami lupa nak beli kicap, sume barang lain sudah dibelinye. Maka membebel lah si isteri  tak henti henti. Bengang si suami. Masuk hari ketiga, si isteri masih tak berenti membebel. Maka si suami pun timbullah satu idea. Si suami rancang mau buang isterinya  dalam sebuah telaga buruk di hujung desa. Kata orang telaga buruk tu memang berpenunggu. Ade jin dalam tu.
inilah telaga yang dimaksudkan

Tuesday, November 5, 2013

Kucing Parsi

Ada satu kisah.
Kisah seorang yang punyai satu haiwan peliharaan. Comel.
Seekor kucing.
Ramai yang sukakan kucing ini.
Bulunya gebu, matanya biru.
Manja dan kadang sedikit mengada.
Ramai yang ingin memegang dan membelai kucing ini.
Tapi tuannya kedekut.
Tidak berikan kucing itu kepada sesiapa.
Walau untuk seketika.

Sunday, October 13, 2013

BILA JODOH TAK KE MANA

Jika dalam cintamu
Hatimu lebih sering terluka
Daripada digembirakannya
 
credit pic: http://inibelogdejalala.blogspot.com

Maka…

Wednesday, October 9, 2013

Dimana kan ku cari ganti :D

Dimanakah akanku cari ganti
Hilang sudah takkan kembali
Walaupun kini tiada lagi
Senyuman manismu menawan hati

Tuesday, August 20, 2013

Aku Hanya Nak Ke Seberang..

Aku pahat kayu cengal
Harap-harap jadi perahu
Dayung hebat pengayuh sebenar
Teras kuat teras temesu


bawa aku ke seberang..

Sunday, July 14, 2013

UMS : SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN (SSMP)

Sekarang zaman result UPU keluar kan. Mesti adik adik yang lepasan matrikulasi dan STPM dah tau mana halatuju selepas ni kan. Kepada adik adik yang mendapat penempatan di mana mana IPTA/IPTS, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak berjaya, jangan sedih sedih tau. Cuba lagi. Tempoh rayuan masih dibuka kan. Tenyuuummmm.. :D
Kepada adik adik yang dapat di UMS, double tahniah diucapkan. Kepada adik yang dapat SSMP UMS, triple tahniah diucapkan. Kepada adik adik yang dapat kursus HY07-Teknologi Makanan dan Bioproses quadrouple tahniah diucapkan. Nak tau kenapa tahniah banyak banyak? Haaaa.. datang dulu jumpa abang nanti abang bagitau. Ceh. Abang. Haha.

Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP), UMS

Friday, July 12, 2013

CONTEST RAMADHAN & RAYA BY CIK AKAK

Bissmillahirahmanirahim .

Sempena bulan ramadhan nie cik akak nak merasmikan satu lagi contest..
Contest nie berlangsung 2 minggu sahaja....
Bermula 10 Julai 2013 dan tamat 23 Julai 2013
Contest ini juga ditaja sepenuhnya oleh cik akak dan rakan sponser yang oshem...



Syarat-syarat penyertaan

  • Mempunyai Belog adalah Wajib
  • Terbuka kepada semua " Belog Malaysia" sahaja
  • Follow Belog cik akak dan para sponser (wajib)
        Hakim , Farah , Kathy , Kak Hasnah , Wani & Nur Aqilah

  • Add Google + Followers Cik akak dan para sponser (wajib bagi mereka yang ada add google + Followers sahaja)
  • Klik SINI , SINI , SINI , SINI , SINI & SINI (tunggu sampai habis loading)
  • Likes Fanpage dibawah (Wajib)
   





banner kredit KathyRbain

  • Copy banner comel cik akak tu dan tempek kat entri kalian
  • Letak Tajuk " CONTEST RAMADHAN & RAYA BY CIK AKAK " Kalau tajuk lain cik akak memang tak layan..
  • Semua peserta wajib memasukkan link blog cik akak ke dalam bloglist masing-masing agar sentiasa alert dengan pengumuman pemenang atau lain2 pengumuman dari cik akak atau sponsor sepanjang contest berlangsung. jika selepas berakhirnya contest kalian nak remove blog cik akak dari bloglist korang pun tidak mengapa. hihihi..
  • Akhir sekali tinggalkan link contest dalam kotak komen cik akak....perlu diingatkan tempat lain selain kotak komen memang cik akak tak layan 100 peratus.
  • Wajib tag 2 orang rakan anda. Pastikan mereka tahu.
  • Jika malas nak buat entri copy je kod html di bawah dan paste di ruangan html new post kalian
Segmen bermula 10.07.2013 dan Tamat 23.07.2013

Jam 12.00 malam (tamat)

*Senarai Peserta*

tag 2 orang jee :

RemyHazza

Ash Saef

Hei Kawan. :D

Kenangan.
Sangat sayang untuk dilupakan.
Sepanjang bersama kita mencipta kenangan.
Mana mungkin bisa dilupakan.

Untukmu kawan,
Kenangan bersamamu sentiasa segar dalam ingatan.
Pahit manis bersama kita telan.
Pahit dijadikan ubatan.
Manis menjadi senyuman.