Bismillah.
Lama tak update blog. Bukan sebab tak de masa, tapi sebab tak de rajin. Kesian belog aku.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, dengan keizinan dariNya akhirnya tamat sudah sesi pengajian aku menuntut secebis ilmu di menara gading .Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi saksi jerit perih aku selama empat tahun semata ingin menggenggam segulung ijazah Sarjana Muda Sains Makanan Dengan Kepujian (Teknologi Makanan dan Bioproses). Sungguh empat tahun bukanlah tempoh yang sekejap, banyak air mata dan darah yang telah tumpah sepanjang 4 tahun di sini (aku percaya orang perempuan lagi banyak bertumpah darah!)