"Love what is it?
Wednesday, May 21, 2014
Saturday, February 15, 2014
Kisah Yang Tergantung
Pagi itu, seperti biasa. Selepas subuh, aku bersiap siap. Memakai sepersalinan lengkap uniform ku, membancuh sepekatnya air kopi cap tabik kesukaanku, dan menuangkannya ke dalam botol. Kucapai ubi kayu bakar, kubalut dengan kertas surat kabar yang telah dikoyak empat. Masukkan ke dalam plastik, dan kuikat kemas kemas.
Aku turun ke beranda. Duduk di tangga rumah. Ketika itu, mentari masih malu malu memancarkan sirnanya. Kucapai kasut getah di bawah tangga. Ku ambil stokin, ku suakan kakiku ke dalamnya.
Sebelah.
Dua belah.
Siap.
Aku turun ke beranda. Duduk di tangga rumah. Ketika itu, mentari masih malu malu memancarkan sirnanya. Kucapai kasut getah di bawah tangga. Ku ambil stokin, ku suakan kakiku ke dalamnya.
Sebelah.
Dua belah.
Siap.
Monday, February 3, 2014
Suri- Part 2
*Sambungan Dari Kisah Suri-Part 1 (selepas 2 tahun baru ada sambungan, pemalas yang amat penulis cite ni)..
Penerbangan selama 2 jam 30 minit kurasa bagaikan dua minggu berada di penjara. Lambatnya nak sampai. Ada sorang pakcik di sebelah tunjuk minat nak berborak denganku, ku layan endah tak endah. Keindahan gumpalan awan yang keputihan dan bersinar keemasan disimbah mentari petang tidak langsung menarik minatku. Apa yang aku bayangkan sekarang adalah apa berita yang akan aku terima nanti. Baikkah, atau burukkah?? Pesanan bapaku supaya bertenang dan jangan terlalu berfikiran negatif merancakkan lagi perasaan yang bukan-bukan bertembung dan bertelingkah dalam benakku.
![]() |
| MAS Airbus A380 |
Tuesday, December 31, 2013
Sunday, December 1, 2013
Menjejak Ejim- RAM in de House.. :D
Sunday, November 24, 2013
Everything At Once- LENKA
Tuesday, November 12, 2013
kerana pulut santan binasa, kerana mulut pulut binasa :P
Pada
suatu masa dahulu, tinggallah sepasang suami isteri. Kehidupan mereka tidaklah
terlalu bahagia. Hal ini kerana si isteri ini sangatlah suke membebel. Pantang
ade salah siket, bebelannye boleh melarat sampai tiga empat hari.
Pada
suatu hari, si isteri suruh suaminya pegi beli barang dapur. Tapi entah kenapa,
si suami lupa nak beli kicap, sume barang lain sudah dibelinye. Maka membebel
lah si isteri tak henti henti. Bengang
si suami. Masuk hari ketiga, si isteri masih tak berenti membebel. Maka si
suami pun timbullah satu idea. Si suami rancang mau buang isterinya dalam sebuah telaga buruk di hujung desa. Kata
orang telaga buruk tu memang berpenunggu. Ade jin dalam tu.
![]() |
| inilah telaga yang dimaksudkan |
Subscribe to:
Posts (Atom)



