Tuesday, August 7, 2012

Hikayat Terung Manggur


Terung manggo. Atau nama saintifiknya  Solanum tarvum. Aku tak pasti apa nama yang korang panggil. Terung bulat mungkin? Oh ya terung pipit. Kalu zaman dulu dulu terung ni femes dikalangan budak budak sebab  kami guna buat peluru senapang kayu. Main perang perang. Village War II (VWII).

Sebenarnya aku takpenah rasa pun terung ni. Tapi ma aku suka. Biasalah orang kampung ni makan ulam ulaman. Segala jenis pucuk kayu dimakannya. Awet mudalah katakan. Biasanya ulam ulaman seperti pucuk segala jenis pucuk (pucuk ubi, ketereh, ulam raja, pucuk paku-(siriusly paku sebenarnya boleh dimakan), pucuk miding dimakan mentah ataupun dicelur sebelum dicecah budu dan dimakan bersama nasi. Memang yummy sebenarnya.
gambar cari kat tenet

Thursday, July 19, 2012

Sesudu Bubur Buat Ibu :)


Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah. Ibu menggoncang goncang dan meraup butiran beras di dalam tin itu. Hanya ada dua tin susu sahaja yang masih berbaki. Beras sudah hampir habis rupanya. Pada siapa ibu hendak mengadu? Ayah? Saya tahu ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.

Ibu mengerling ke arah kami yang masih belum makan. Saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dalam tin susu itu, kemudian memasukkannya ke dalam periuk. Air dituang sehingga penuh. Setelah hampir setengah jam, ibu masukkan ke dalam sepuluh buah pinggan yang sudah tersedia.


Friday, July 13, 2012

Musim wau tiba lagi!


Ngam ngam balik cuti kali ni, musim wau dekat kampung aku. Seingat aku, musim wau yang paling rancak dulu ialah semasa zaman aku sekolah rendah. Dah lupa dah tahun bila. Dah lama dah orang kampung ni tak main wau. Tak tahulah kalu dorang main masa aku tak ada kat kampung kan.

Selalunya permainan adalah bermusim kat kampung aku. Seingat aku dulu ada musim wau, lepas tu musim gasing, musim ayam serama, musim ikan flowerhorn, musim guli, musim burung merbah jambul, musim belalang, banyak lagilah. Selalunya akan ada pertandingan. Contohnya masa musim ayam serama dulu, semua dok gilakan ayam yang katik tu. Ekornya terjungkit. Kalau yang cantik cantik, harga sekor ayam boleh cecah sampai 5,6 ribu. Lebih mahal dari sekor kerbau kau..haha.

wau TRW

Monday, July 9, 2012

Kejutan Yang Terkejut


Kejutan. Kadang kadang kita suka buat kejutan sebab nak tau apa reaksi seseorang yang di-aim kan? Di sini ada satu tips. Kalau nak buat kejutan, kita mesti bersedia dan seeloknya ada back-up plan. Ataupun terminating plan.  Ini penting supaya bukan kita pula yang dikejutkan nanti. Baru tak jadi senjata makan tuan.

Baru baru ni, aku berkunjung ke rumah nenek sedara aku. Rumah dia betul betul kat belakang HUSM di Kubang Kerian, Kelantan. Forever alone. Lone Ranger. Sensorang je pegi. Sebelum pergi ma aku dah pesan, suruh call dulu bagitau nak datang rumah. Sebab Mak Mah ni kaki jalan. Jarang melekat kat rumah. Aku bagitau ma aku, ala tak pe la saja nak buat surprise la kunun. Haha. Selalunya kalau nak pergi rumah, aku call dan Mak Mah akan datang jemput di stesen bas KB. Takpun di stesen KTM Wakaf Bharu. Tapi oleh sebab aku dah ingat jalan nak pi rumah dia, aku pegi sendiri and langsung tak bagitau aku nak datang. Lagipun taknak la menyusahkan dia lagi. Dah besar panjang pun nak manja manja bagai, apekehe!
HUSM

Tuesday, May 8, 2012

Laksamana Sunan: Pahlawan Melayu Yang Tiada Dalam Buku Teks Sejarah.. xP


Aku jatuh cinta kat novel RAM lepas aku baca novel Bagaikan Puteri. Cerita dia memang superb. RAM pandai menghidupkan watak Saifudin Jalis a.k.a Laksamana Sunan a.k.a lelaki berduka dari Tanah Rencong a.k.a lelaki bertanduk dua. Bagaimana seorang Melayu yang hidupnya terbuang angkara fitnah, muncul menjadi seorang pahlawan yang digeruni di Nusantara setelah menjadi anak asuhan Wali Sufi di Acheh. Laksamana Sunan digambarkan menentang kejahatan makhluk yang kufur. Sebelum berlawan Laksamana Sunan biasanya akan memberi tawaran terlebih dahulu; bertaubat, kembali kepada Allah, atau bertempur. Laksamana Sunan mempunyai senjata ampuh yang digeruni musuhnya; Keris Nenggroe.
Laksamana Sunan? 

Wednesday, April 25, 2012

Loser!!


Aku jarang sebenarnya nak menulis pasal gelojak dalaman jiwa ni. Bagi aku, buat apa nak dikongsi benda yang orang tak patut tahu kan. Biarlah kita sorang yang tahu. Lagipun takde orang nak ambik tahu. Hal hati, biarkan dalam hati. Kan. 

Tapi kali ni aku nak tulis jugak. Biar ar, sukati aku r ni kan belog aku..huh!

Mini Putrajaya 
“Oh, ini bukan lagu rindu ini madah dendam. Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia, ku dihukum masuk neraka oleh manusia. Mintak tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu. Maafkan mereka, mereka tidak tahu, mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu, mereka tidak fasih malah fasik guna kata kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa, maafkan mereka, mereka tiada nilai. Ibu bapak lalai dari kecil dah di abai. Tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati.”

Saturday, April 21, 2012

My 22nd Besday~~


Hari ni Sabtu, 21 April. Pagi pagi lagi bergegas ke SSMP ada midterm Food Microbiology. Agak meyakinkan la kan nak jawab midterm. Sekali soalannya aduiyaiii.  

Malam tadi bukan main fokus lagi aku menelaah Microbe ni. Sekali jam 12, tiba tiba 2 biji telur ayam pecah berderai kat dahi aku. Lepas tu tanpa sempat aku wat apa apa, datang pulak tepung ke bedak ke apa tah, berlumur simbah kat aku. Habis laptop ngan lantai bilik aku. Bila dah jadi macam ayam golek tepung yang sedia untuk digoreng, aku masuk ke bilik air nak cuci. Sekali datang budu daa, melayang melekat kat badan aku. Binawe punye kawan. Terpaksa aku mandi malam malam. Huh. Aku bernasib baik sebab minyak goreng ikan masih panas dok dalam kuali. Kalu tidak mungkin aku dah bertukar jadi orang minyak malam tu. Huhu.
hepi sweet 18..hehe