Tuesday, April 17, 2012

Sabah Meat Technology Centre

Semalam, kami seramai 30 orang student dari kursus Teknologi Makanan dan Bioproses, SSMP UMS menghadiri lawatan ke Sabah Meat Technology Centre (SMTC), di Kinarut, Papar. Lawatan ni kiranya sebagai pendedahan awal kepada kami tentang cara memproses daging setelah 5 minggu dok baca slideshow je bagi subjek NB20002 Meat and Seafood Technology.

Sebelum tiba di sana, apa yang terbayang di tubir mindaku ialah, tempat ni adalah tempat proses produk makanan berasaskan daging. Mungkin sosej, atau daging burger, dsb. Tapi apabila sampai, lain jadinya.
ok apa kaetan cerita lembu dgn gadis2 ini?? fuh!

Saturday, April 14, 2012

KKP2012: Kisah seram sejuk


Tengah syok bawak moto, tiba tiba aku rasa lain macam je gegaran kat tayar belakang aku. Aku stop. Bagi hon kat budak ni yang kat depan. Sume stop. Masa ni aku dok dalam barisan yang ketiga.

“kenapa?”

“pancit. Tayar aku pancit!”

“aduh”
stop dalam hutan.. baju askar tu pakcik yang bantu kami

Thursday, April 12, 2012

KONVOI Kembara Pitas 2012- hari ke-2


KONVOI Kembara Pitas 2012. Hari kedua. Sebenarnya banyak rancangan kami yang berubah di saat akhir. Yelah, manusia hanya mampu merancang. Tapi yang menentukan adalah ALLAH.

Lepas solat Subuh dan sarapan pagi, kami jalan jalan di sekitar kampung.  Kami jalan dan sampai di SK Rosob. Ada sorang cikgu kat depan pagar tu, kami minta izin nak masuk tengok dalam sekolah. Dia bagi je. Lagipun dia kenal Hairul aka Bob panggilan di kampung. Dia kata biasa je orang masuk, sampai ke dalam kelas pun ada. Katanya, harini semua buat persiapan untuk program penyerahan sekolah angkat MASWing. Wah, beruntungnya sekolah ni. Mesti maju jap g. Hehe.
kanak kanak riang darjah 6.

Wednesday, April 11, 2012

KONVOI Kembara Pitas 2012- Hari 1

KONVOI Kembara Pitas 2012. Mungkin tu nama yang sesuai untuk aktiviti kami kali ni. Mungkin la. Aku baru terfikir nama ni tadi. Hehe.
peta perjalanan konvoi. hehe

Sunday, April 8, 2012

Memang selalu macam ni...


Memang selalu jadi macam ni. Kalu berjumpa kenalan baru, orang jarang tanya aku asal mana, tapi org akan tanya, “kau orang Kelantan eh?”

budu sedap campur durian n cili padi..shh~

Aku dah cuba sedaya upaya bercakap KL, *hahahaha* tapi masih berbau budu.

Tuesday, April 3, 2012

Boling Inter School UMS 2012


Pertandingan Boling Tenpin Sukan Universiti 2012. Di Centre Point. 32 team daripada 16 sekolah. Jangan tanya kami ranking ke berapa. Sekian.
walaupun longkang, gaya mesti maintain..haha